wait , ini bukan tajuk filem terbaru keluaran David Teo okay..
hahahaha
bukan juga sambungan citer P.Ramlee Madu tiga..
hahak..
back to the main point ,
ini Madu & Racun saya :)
macam lah tak kenal kan..hehehe..
kadang-2 sakit hati teramat sangat dengan dia ni ..
kadang-2 geram tak payah cakap la , geram tak terhingga !
kadang-2 memang tengok muka dia ni pun rase nak terbakar je hati..
kadang-2 nak bercakap dengan dia pun takde mood even sepatah..
kadang-2 memang malas sangat-2 lah nak melayan dengan dia nie , macam abeskan masa dan tenaga je!
kadang-2 apa yang dia cakap rasa menyakitkan hati je , rase nak marah je , nak belasah je..
lepas tu air mata saya je yang temani saya ketika itu
:'(
TAPI
selalu sangat saya rindui dia siang dan malam non-stop macam 7-eleven ,
selalu sangat ingat kat dia sebab dia jauh,tapi takpe "jauh dimata,dekat dihati" mcm TV9 ,
selalu pikir dia time kije , time makan , time nak tidur , time bosan ngah berak pun pikir dia , hahaha..
selalu bahagia dengan dia , nak ketawa je , nak senyum je tanpa henti..
selalu rasa tiap saat berharga, masa berlalu dengan cepat je time dengan dia..
selalu cari dia time susah , time nak mengadu , time nak lepas geram..
selalu nak dengar suara dia,kalau bole nak rakam ape dia cakap , n dengar sambil on9 bajet dengar lagu sambil goyang-2 kan kepala..
selalu nak ajak dia teman pergi sopping , tolong bagi pandangan , tolong bawak barang..
selalu mintak makanan dia masa makan , dan dia suapkan dan tetibe makanan jadi sedap dan tetibe jugak macam nak tukar je makanan dengan dia..
selalu rindu nak tengok muka dia lama-2 mase dia driving..lepass 2 dia pandang saya dengan muka pelik plus senyuman yang menawan..boleh angau kejap..
selalu terbayang senyuman dia , comey jee , tenang je rasa..rasa nak tumbuk-2 sebab geram sangat..
selalu teringin dengar dia buat lawak , even lawak bodoh tahap cipan nak beranak..tapi muka dia maintain serius..aduh..rinduuuuu...
selalu mendambakan pujuk dan rayu dia even dia tak romentik macam jejaka lain,tak pandai berpuitis tapi saya sukaaaaa!!
..kerana..
dia lah yang membuat LUKA DIHATI SAYA darah dan menjadi parah..
tetapi dia lah PENGUBAT saya..dia lah yang membuat saya kembali senyum berseri-seri
macam iklan ubat gigi Darlie..hehehe..
ini lah dikatakan
MADU & RACUN..
BENCI tapi SAYANG..
hehehe
:)



0 comments:
Post a Comment